ASAJAYA: Prestasi hebat telah dipamerkan barisan pemain Kelab Bola Sepak Sambir Bistari 1 (KBSB 1) pada Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan ADUN Asajaya, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah edisi ke-57 2025.
Kelab yang digeruni kredibiliti mereka ketika ini berjaya mara ke separuh akhir selepas menumpaskan Latif FC (5-3) menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-duanya terikat (3-3) untuk masa penuh permainan petang tadi.
Sekali gus, ia merupakan amaran awal kelab yang dibarisi ramai pemain muda dan turut diperkuat bintang bersaudara, Ashri Chuchu dan Azman Chuhu terhadap pesaingnya selepas ini.
“Syabas kepada pemain kerana berjaya memenangi perlawanan semalam dan sekali gus melayakkan KBSB 1 ke peringkat separuh alhir,” ujar Presiden KBSB, Jalek Jafar kepada Arena Suara Sarawak.
Beliau berharap pemain dapat mengekal momentum terbaik untuk saingan peringkat separuh akhir yang akan berlangsung Sabtu nanti.
Sementara itu, pasukan Tarang FC terdahulu menempatkan pasukan mereka dalam kelompok empat terbaik selepas menewaskan Firdaus Contractions dengan jaringan (2-1).
Diikuti Tambirat United yang turut melakar kemenangan (2-1) ke atas Jass FC ‘B’.
Berbanding, kemenangan (1-0) dicatat Tabuan FT ke atas Edhim FC.

