ARTIKEL

Piala AFC: Sabah tidak ambil mudah cabaran Macarthur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA KINABALU: Sabah FC tidak akan mengambil mudah cabaran daripada Macarthur FC dalam aksi Separuh Akhir Peringkat Zon Piala AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) di  Stadium Campbelltown, Sydney, Australia, hari ini.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee menyedari cabaran menggerunkan daripada Macarthur yang masih belum pernah tewas dalam tujuh perperlawanan di Liga-A.

“Kami tidak ada perlawanan sehingga esok sementara Macarthur sudah mengharungi lapan perlawanan dengan memenangi tujuh perlawanan sememangnya mereka sangat cergas untuk perlawanan hari ini.

Saya fikir Macarthur mempunyai banyak kelebihan kerana mereka bermain di liga ini secara tetap.

Tetapi kami mempunyai kebanyakan daripada pemain utama untuk memastikan kami beraksi dengan baik,” beliau berkata dalam sidang media praperlawanan di Stadium Sukan Campbelltown, hari ini.

Rakaman video sidang akhbar itu diperoleh Bernama di sini hari ini.

Kali terakhir Skuad Badak beraksi ialah dalam perlawanan Liga Super Malaysia pada 17 Dis tahun lepas menentang Kedah Darul Aman di Stadium Likas di sini. 

Sabah memenangi perlawanan itu dengan jaringan 2-0 dan menamatkan aksi di liga berkenaan di tempat ketiga dengan 54 mata.

Ketika ditanya mengenai persiapan Sabah, Kim Swee berkata persiapan dan latihan pasukan itu berjalan seperti yang dirancangkan.

“Kami tiba beberapa hari lepas dan semua berjalan seperti dirancangkan.

Kami juga memerhatikan pemain dan pasukan Macarthur sudah tentu esok perlawanan yang penting tetapi ia boleh berubah dalam perlawanan dan kami akan melakukan persediaan,” katanya.

Pada sidang akhbar sama, pemain tengah Sabah Telmo Castanheira menzahirkan keyakinan penuh bahawa pasukan ini akan beraksi dengan baik bukan hanya mewakili Sabah tetapi juga Malaysia.. 

“Kami memiliki sebuah pasukan yang hebat dan beraksi dengan hebat dalam liga tahun lepas, kami mahu datang ke sini dan mempamerkan kualiti kami hari ini.

Adalah penting bagi kami beraksi dengan baik untuk Sabah dan Malaysia,” katanya. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Senarai pendek pemain tenis dikenal pasti

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) sudah mempunyai senarai pendek pemain terbaik ketika ini. Namun senarai itu belum dimuktamad untuk menjadikannya kepada skala lebih kecil

Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy

KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, bintang skuasy wanita negara Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi. Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah