ARTIKEL

JUARA…Datuk Seri Richard Riot Jaem (tengah) merakam gambar bersama-sama pemain LPUCAU selaku juara.

Piala Ahli Parlimen Serian 2026: LPUCAU Muncul Juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Pasukan LPUCAU dari Kampung Tebakang Melayu melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara Kejohanan Bola Sepak Terbuka Lelaki, Piala Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot Jaem 2026.

Skuad serba mantap yang dibarisi ramai pemain berpengalaman tersebut berjaya menumpaskan Bidak Plaman United (1-0) pada aksi final yang berlangsung di Stadium Mini Kampung Pichin, Serian semalam.

Bekas penyerang skuad kebangsaan, Nur Shamie Iszuan Amin muncul wira pasukan LPUCAU apabila menjaringkan gol kemenangan pada babak kedua permainan.

Beliau juga turut dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan akhir yang turut membawa pulang wang tunai RM100 dan piala.

Kejayaan itu membolehkan pemain LPUCAU membawa pulang wang tunai RM4,000, piala dan pingat.

Sementara itu, wang tunai RM2,000 beserta piala dan pingat diterima pemain Bidak Plaman United selaku naib juara.

Tempat ketiga milik pasukan Borneo Malindo (Indonesia) yang berjaya menumpaskan TYA Team di tempat keempat.

Barisan pemain Borneo Malindo turut membawa pulang wang tunai RM1,000 serta piala dan pingat.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU