ARTIKEL

Neymar bersama Marquinhos ketika sesi latihan di Fasiliti Latihan Columbia Park, New Jersey. Foto: REUTERS

Piala Dunia: Neymar Terlepas Pertemuan Dengan Haiti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW JERSEY: Neymar direhatkan daripada perlawanan kumpulan Piala Dunia kedua Brazil menentang Haiti dan meneruskan pemulihan kecederaan betis, menurut Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) pada Khamis, lapor Xinhua.

Pemain berusia 34 tahun itu meneruskan latihan di kem New Jersey Brazil minggu ini selepas terlepas keputusan seri 1-1 pasukan tersebut dengan Maghribi pada aksi pembukaan Kumpulan C Piala Dunia pada Sabtu.

“Beliau akan kekal di New Jersey untuk mengoptimumkan peringkat akhir proses pemulihannya, memanfaatkan kemudahan yang sangat baik (di sana),” menurut kenyataan di laman web CBF.

Brazil akan menentang Haiti di Philadelphia pada Jumaat sebelum menamatkan peringkat kumpulan menentang Scotland di Miami pada 24 Jun.

Neymar direhatkan sejak Mei selepas mengalami kecederaan betis tahap dua pada kaki kanannya ketika bermain untuk Santos.

Penjaring terbanyak Brazil sepanjang zaman dengan 79 gol dalam 128 penampilan antarabangsa, bekas penyerang Barcelona dan Paris Saint-Germain itu tidak beraksi untuk pasukan kebangsaan sejak mengalami patah ligamen anterior cruciate pada Oktober 2023.
— BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road