ARTIKEL

MASIH OPTIMIS…Aidil Sharin Sahak.

Piala FA 2025: Aidil tetap optimis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak menegaskan, tempoh 90 minit yang bakal dilalui pemainnya untuk aksi separuh akhir kedua menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim malam esok (Ahad) akan menjadi penentu hala tuju pasukannya.

Perlawanan tersebut menentukan sama ada layak atau tersingkir dalam pemburuan slot ke pentas final Piala FA 2025/2026.

Menurut Aidil, aksi yang sememangnya sengit dijangka berlaku kerana kedua-dua pasukan mempunyai misi tersendiri.

“Kita tahu kelebihan kepada JDT hasil kemenangan tipis (2-1) diperoleh ketika bermain di Kuching sebelum ini, tetapi kami tetap berusaha dan memberi saingan kepada mereka,” ujar Aidil kepada Arena Suara Sarawak.

Aidil akui, jurang gol tipis dimiliki JDT bukan penanda aras sebenar buat pasukan tuan rumah untuk menidakkan keinginan pemainnya mencipa kejutan.

Jurulatih kelahiran Singapura itu percaya peluang untuk anak-anak buahnya mengubah keputusan yang ada tetap terbuka.

“Apa yang penting malam esok, pemain dapat mengekal prestasi seperti diperagakan sebelum ini.

“Mereka perlu bijak menghidu peluang untuk menjaringkan sebarang gol,” tegas beliau.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU