SERIAN: Skuad serba mantap, Gedong United tidak rela cuba mengintai peluang mara ke peringkat suku akhir kempen Piala FA Serian 2023.
Lantaran, mahu memastikan kemenangan dapat diperoleh apabila turun berdepan Grace United di Kompleks Sukan Serian petang esok (jam 3 petang).
Pengurus Gedong United, Mohd. Nidzam Azhar Ashaari menegaskan, mereka tidak rela peluang untuk kearah itu terlepas begitu sahaja.
“Pemain kita siap sedia untuk turun mengharungi perlawanan penting petang esok.
“Kemenangan menjadi fokus pemain untuk menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik kelak,” ujar Mohd. Nidzam@Mat kepada Arena Suara Sarawak.
Legenda kelahiran Kampung Gedong yang pernah menyarung jersi skuad Piala Presiden Sarawak suatu ketika dahulu memberitahu, strategi khas bakal diguna pakai dan berharap pemain dapat mengadaptasi dengan sebaiknya.
“Dengan kata lain, mengharap strategi yang digunakan untuk menghadapi perlawanan petang ini dapat menjurus kepada kemenangan yang diinginkan,” tambah Mat lagi.
Mat akui, tidak tersedia jalan mudah untuk pemainnya bagi merealisasi misi mencetak kemenangan petang esok.
“Pasukan lawan (Grace United) juga mempunyai misi yang sama, dan diharap segala percaturan kita berjalan lancar,” jelas Mat.

