ARTIKEL

Piala Malaysia 2021: Penyerang import Uche, Lee semakin pulih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak United FC (SU FC), E. Elavarasan tidak begitu bimbang terhadap situasi penyerang import, Uche Agba dan Lee Chang Hoon yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Sebaliknya, beliau yakin kelibat kedua-dua bintang importnya itu dapat dipertaruhkan untuk mengharungi baki perlawanan peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia 2021.

“Kedua-dua mereka masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan, namun masih ada tempoh seminggu lagi sebelum saingan Piala Malaysia 2021 disambung,” ujar Elavarasan kepada Arena Suara Sarawak.

Dalam perkembangan lain, Elavarasan mengakui persiapan pasukannya ketika ini berjalan dengan lancar.

Tegasnya, pemain akan menguji kekuatan Selangor FC pada perlawanan persahabatan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam esok (Sabtu).

“Perlawanan tersebut penting sebelum pemain kembali mengharungi kempen Piala Malaysia 2021 hujung bulan ini,” tambah Elavarasan.

Sarawak United FC yang diundi dalam Kumpulan A masih lagi kekal ditangga teratas menggumpul enam mata selepas mengharungi dua perlawanan setakat ini.

Aksi ketiga peringkat kumpulan menyaksikan anak-anak buah Elavarasan akan menentang Kuala Lumpur City FC pada 30 Oktober ini.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha