ARTIKEL

Piala Malaysia: MB Ramal Pahang Menang 2-1

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN: Peminat Sri Pahang FC diseru membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi memberikan sokongan padu kepada skuad Tok Gajah yang bakal berdepan penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT), pada aksi final Piala Malaysia, Sabtu ini.

Seruan itu dibuat oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menyifatkan pertemuan tersebut sebagai detik terbaik buat seluruh rakyat Pahang memberikan sokongan penuh kepada skuad bimbingan Fandi Ahmad.

Justeru, Wan Rosdy berharap peminat skuad Tok Gajah dapat menggunakan masa yang masih ada untuk membeli baki tiket perlawanan itu, tatkala penjualan tiket telah mencecah 60 peratus semalam.

“Saya menjangkakan Sri Pahang akan menang 2-1,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Untuk rekod, pasukan Sri Pahang pernah menewaskan JDT 5-3 menerusi penentuan penalti selepas seri 2-2 di pentas akhir Piala Malaysia 2014. – BERNAMA

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha