ARTIKEL

Facebook Malaysia NT

Piala Negara-Negara CAFA 2025: Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan B bersama Iran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama dengan pasukan ranking ke-18 dunia Iran pada Kejohanan Piala Negara-Negara Persatuan Bola Sepak Asia Tengah (CAFA) 2025 yang bakal berlangsung pada Ogos ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan memaklumkan selain Iran, skuad Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski yang berada di tangga ke-131 dunia turut berdepan tuan rumah Tajikistan (ranking ke-104 dunia) dan Afghanistan (ke-160).

Mengikut jadual, Malaysia bakal membuka kempen menentang Tajikistan pada 29 Ogos, diikuti aksi bertemu Iran pada 1 Sept dan Afghanistan pada 4 Sept dengan ketiga-tiga perlawanan berlangsung di Dushanbe, Tajikistan.

“Sementara Kumpulan A pula berlangsung di Tashkent, Uzbekistan dengan menampilkan empat lagi pasukan iaitu tuan rumah Uzbekistan, Republik Kyrgyz, Turkmenistan dan Oman,” menurut kenyataan itu.

Hanya juara setiap kumpulan layak ke perlawanan akhir yang dijadual berlangsung di Tashkent pada 8 Sept, manakala naib juara kumpulan berentap bagi penentuan tempat ketiga di Dushanbe pada tarikh sama.

Selepas kejohanan itu, Malaysia akan menyambung baki saingan Kumpulan F bagi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos di Vientiane pada 9 Okt dan di sini (14 Okt) sebelum bertemu Nepal di Kathmandu (18 Nov) dan berdepan Vietnam di tempat lawan pada Mac tahun depan. — Bernama

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha