ARTIKEL

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Datuk Dr Penguang Manggil bersama-sama Datuk Anyi Ngau dan Datuk Gerawat Gala sambil disaksikan oleh Pegawai Komunikasi YPS Benedict Jimbau

Piala Perpaduan sempena Regata Baram 2023 dimenangi Tedung Melancar 8

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MARUDI: Tedung Melancar 8 muncul sebagai juara bagi kategori Piala Perpaduan dengan membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi dan sekali gus menewaskan lima pasukan yang lain.

Tempat kedua dimenangi pasukan Benerang 4 dengan membawa pulang wang tunai RM8,000 berserta trofi, manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Belalang 1 yang berjaya meraih RM6,000.

Di samping itu, hadiah sagu hati turut disediakan kepada tiga pasukan yang tidak berjaya mendahului dalam pertandingan ini.

Sagu hati yang pertama diberikan kepada Kampung Benawa menduduki tangga keempat dengan membawa pulang wang tunai RM4,000 berserta trofi.

Manakala di tangga kelima dan keenam dianugerahkan kepada Nagasaki Mulu dan Irang Dih Madang masing-masing membawa RM3,000 dan RM2,000 berserta trofi.

Piala Perpaduan pertama kali diperkenalkan serta ditaja oleh Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS) sempena Regata Baram 2023 dan terbuka kepada peserta yang berasal dari bahagian Baram sahaja.

Tujuannya adalah bagi meraikan acara Regata Baram yang dikatakan bukan sekadar regata biasa, namun merupakan ibu kepada semua regata di Sarawak dan telah dikenali sebagai simbol perdamaian dan perpaduan pada masa lalu.

Ia juga bertepatan dengan visi dan misi YPS dalam menggalakkan serta memupuk perpaduan dan keharmonian di samping memelihara budaya dan tradisi di Sarawak.

TAHNIAH… tiga pasukan yang berjaya meraih hadiah utama Piala Perpaduan

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha