ARTIKEL

REBUT...Penyerang Kuching City, Ahmad Asyraf Asmadi (kiri) cuba merampas bola daripada Angelo Christino Ansaman (kanan) pada perlawanan semalam. - FOTO KREDIT DUNSTAN MERAMAT

PIALA PRESIDEN 2025: Kuching, Sabah kongsi satu mata

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad Piala Presiden Kuching City FC-Miri terus mempamer kecemerlangan apabila berjaya beroleh satu mata berharga selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Sabah FC II di padang bola sepak Kelab Rekreasi Petroliam (KRP), Miri, semalam.

Anak-anak buah Mohamad Hakimi Man sebenarnya berpeluag untuk mencetak tiga mata penuh mengambil kira beberapa peluang dimiliki untuk menjaringkan gol sepanjang perlawanan tersebut.

“Satu mata yang amat berharga bagi kita walaupun pada dasarnya pemain boleh memenangi perlawanan tersebut.

“Saya menghambur pujian kepada pemain kerana telah beraksi dengan begitu baik sekali,” ujar Hakimi kepada Arena Suara Sarawak.

Apa yang membanggakan Hakimi pada perlawanan semalam, anak-anak buahnya berjaya mengawal pintu gol daripada dibolosi pasukan pelawat sepanjang tempoh 90 minit permainan.

“Memang masih terdapat kelemahan di posisi tertentu, ia akan diperbaiki apabila kami kembali menyambung latihan kelak,” tambah Hakimi.

Keputusan perlawanan semalam menyaksikan Kuching City FC-Miri menghuni tangga kesembilan, menggumpul 10 mata dengan mencatat dua kemenangan dan empat kali seri selepas mengharungi 13 perlawanan setakat ini.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha