BINTULU: Acara berprestij, Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Bintulu (BIFA), Haji Sophie Shariee Edisi Ketiga 2026 kembali dianjurkan.
Setiausaha kehormat BIFA, Musabaqah Meliki memberitahu, kejohanan yang merupakan aktiviti rutin badan induk berkenaan dijangka bermula pada April 2026.
Menurut Musabaqah, pihaknya menyasarkan 20 pasukan sahaja untuk saingan akan datang.
“Pihak kita belum membincang secara terperinci tarikh kejohanan. Kita menjangkakan kejohanan tersebut akan bermula pada April 2026,” ujar Musabaqah kepada Arena Suara Sarawak.
Musabaqah mewakili badan induk menyeru pasukan sekitar Bintulu untuk turut pada kejohanan itu kelak.
“Pendaftaran awal boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian 010-5580013,” jelasnya.


