ARTIKEL

Piala Presiden: Pemain berlatih di rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SKUAD Kuching FA U21 mengadakan latihan pemain secara individu dari rumah dan sesi latihan turut dipantau oleh Ketua Jurulatih sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan akibat penularan wabak Covid-19 yang bermula 18 Mac hingga 31 Mac ini.

Penolong Ketua Jurulatih Kuching FA U21, Firdaus Morshidi berkata, latihan kecergasan oleh pemain harus dilakukan dari rumah sepanjang tempoh tersebut supaya dapat mengekalkan kecergasan fizikal pemain.

“Latihan akan dilakukan selama satu jam sehari dan mereka harus merakam video dan hantar kepada saya setiap hari melalui aplikasi pintar telefon untuk pemantauan. “Latihan ini amat penting supaya pemain kekal cergas dan tidak mudah lesu apabila perlawanan bermula semula,”katanya semasa dihubungi Suara Sarawak semalam.

Katanya, keselamatan dan kesihatan pemain amat penting dengan terus berada di rumah masing-masing bagi mengelak terkena wabak Covid 19. Selain itu, beliau selalu menasihati pemain supaya tingkatkan keselamatan diri serta kebersihan dan tidak keluar dari rumah sepanjang tempoh kawalan tersebut kecuali atas urusan penting yang tidak dapat dielakkan.

Sebelum ini, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) telah mengumumkan penangguhan perlawanan rasmi bola sepak berkuat kuasa pada 16 Mac lepas.

Kuching Fa U21 juga dijadualkan bertemu pasukan UKM FC pada 16 Mac di Stadium Negeri namun terpaksa ditangguhkan akibat penularan wabak Covid 19.

BERITA LAIN

Sarawak Peruntuk RM264 Juta untuk Sukan SEA 2027

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM264 juta bagi penganjuran Sukan Asia Tenggara (SEA) 2027 serta menaik taraf 11 kemudahan sukan utama menjelang temasya berkenaan. Premier

BERITA TERBARU