ARTIKEL

Pihak bertanggungjawab mengendalikan ventilator rosak perlu diambil tindakan tegas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kelvin Yii

KUCHING: Tindakan tegas perlu diambil kepada mereka yang bertanggungjawab mengendalikan bekalan ventilator rosak kepada Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini, kata Dr Kelvin Yii Lee Wuen.

Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, sebanyak 108 daripada 136 (68 peratus) ventilator yang dibekalkan tidak dapat digunakan antara tahun 2020 sehingga April 2022.

Beliau merangkap Ahli Parlimen Bandar Kuching itu menegaskan bahawa perkara tersebut tidak boleh dipandang ringan dan dibiarkan terlepas begitu sahaja.

“Peralatan yang digunakan untuk menyelamatkan nyawa itu sangat penting, lebih-lebih lagi semasa pandemik Covid-19.

“Apabila berlakunya kecuaian seperti itu bukan sahaja menyebabkan pembaziran dana awam, tetapi mungkin menjejaskan penjagaan pesakit yang berkemungkinan boleh menyebabkan kehilangan nyawa,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, berlaku kerugian dianggarkan sebanyak RM13.07 juta dan pihak kerajaan dikatakan tidak boleh menuntut kerugian daripada 93 ventilator yang rosak itu.

“Hal ini kerana tiada dokumen mengenai pelantikan perolehan ventilator dibuat antara KKM dengan syarikat tersebut kerana ia dilakukan di bawah protokol perolehan kecemasan,” jelasnya.

Oleh itu, beliau menegaskan sekiranya benar terbukti berlaku kecuaian dalam perkara ini, tindakan perlu diambil dan pihak yang terlibat mesti bertanggungjawab.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU