KUCHING: Sarawak bercadang untuk meminda Ordinan Biodiversiti Sarawak bagi membolehkan hasil kajian Pusat Kepelbagaian Biodiversiti (SBC) dikomersialkan untuk memberi manfaat ekonomi kepada negeri ini.
Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ordinan ketika ini tidak membenarkan SBC untuk mengkomersialkan hasil kajian mereka.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar ordinan tersebut dipinda bagi membenarkan kajian dan pengkomersialan kajian diadakan agar dapatan kajian tersebut dapat dikongsikan di seluruh dunia.
“Contohnya, alga kita. Alga ini adalah sebahagian daripada kajian kita. Sekarang, jika alga itu menghasilkan bahan api bio dan bahan api menjadi SAF (bahan bakar penerbangan mampan).

“Dan SBC tidak boleh menjalankan sebarang kerjasama komersial dengan pihak berkuasa yang diberi kuasa, maka SBC akan rugi.
“Tetapi jika anda mempunyai kajian itu, kerana alga adalah sebahagian daripada kepelbagaian biologi dan jika itu boleh memberi hasil biofuel yang menghasilkan pendapatan, maka kita juga menyumbang kepada bekalan bahan api bio,” katanya berucap pada berucap pada Majlis Pelancaran “Vision With Action for Biodiversity: Policy and Plan Launch” di sini malam tadi.
Abang Johari berkata, pindaan tersebut adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Ke-12 iaitu penggunaan dan penghasilan yang bertanggungjawab.

