ARTIKEL

Pindaan lain menyusul setelah RUU Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 dipersetujui – Mahathir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pindaan-pindaan lain yang wajar akan menyusul hasil daripada rundingan yang dijalankan, setelah Rang Undang-Undang (RUU) AktaPerlembagaan (Pindaan) 2019 dipersetujui.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Jawatankuasa Khas Kabinet masih dalam proses perbincangan dan rundingan mengenai isu-isu yang melibatkan pelaksanaan hak-hak Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

“Rundingan ini akan berterusan sehingga suatu persetujuan, konsensus atau kompromi dapat dicapai dan diterima baik oleh semua pihak,” katanya ketika membentangkan bacaan kali kedua RUU AktaPerlembagaan (Pindaan) 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata pindaan kepada Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan berkenaan tidak dalam apa-apa cara sekalipun, mengubah fungsi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak dan Sabahdi bawah konsep Persekutuan atau dikenali sebagai federalisme seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya Sabah dan Sarawak akan terus menikmati hak-hak istimewa sedia ada yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang perlu dilaksanakan di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

Mahathir ketika membentangkan bacaan kali kedua RUU AktaPerlembagaan (Pindaan) 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

“Kedudukan ini juga tidak akan mengubah hak-hak negeri yang lain dalam Persekutuan Malaysia ini,” katanya.

Beliau menambah pindaan yang dicadangkan terhadap Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan tidak akan sama sekali mengubah usaha rundingan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sabah dan Sarawak yang sedang giat diadakan pada masa ini melalui Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak Perjanjian Malaysia 1963.

Jelas beliau usaha rundingan tersebut masih akan diteruskan sehingga suatu kata sepakat yang dapat memuaskan hati semua pihak dapat dicapai.

“Sehubungan ini, ingin saya tegaskan bahawa Malaysia hendaklah dilihat sebagai suatu entiti tanpa memisahkannya kepada Malaysia Timur dan Malaysia Barat di mana kekayaan dan keuntungan yang diperolehi oleh Malaysia
perlu diagihkan kepada semua negeri di Malaysia secara adil dan saksama mengikut keperluan,” katanya.

Mahathir dijangka menggulung RUU AktaPerlembagaan (Pindaan) 2019 di Dewan Rakyat pada jam 8.30 malam nanti, untuk ia diundi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road