ARTIKEL

BERCAKAP… Dr. Sim bercakap pada Majlis Perasmian Ekspo Hartanah Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) 2026 di sini, hari ini.

Pindaan Undang-Undang Perumahan Sarawak Masih Dalam Penelitian SAG

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cadangan pindaan undang-undang pembangunan perumahan di Sarawak masih dalam proses semakan dan belum dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Timbalan Premier, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, cadangan berkenaan melibatkan Ordinan Pembangunan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 2013 (HDO 2013) serta Peraturan Pembangunan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 2014 (HDR 2014) yang kini masih dalam penelitian Pejabat Peguam Besar Negeri (SAG).

“Berkaitan HDO 2013 dan HDR 2014, ia masih di SAG. Tarikh pembentangan di DUN Sarawak belum ditetapkan.

“Pada akhirnya, kadang-kadang SAG akan memperkemasnya sebelum ia dibawa untuk dibentangkan dan sebagainya,” katanya pada Majlis Perasmian Ekspo Hartanah Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) 2026 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas permintaan Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA), Datuk Augustine CH Wong supaya pindaan berkenaan dibentangkan sebelum DUN Sarawak dibubarkan.

Bagaimanapun, Dr Sim berkata, belum ada ketetapan tempoh atau tarikh khusus untuk pindaan itu dibentangkan.

Menurutnya, proses perundangan memerlukan tempoh tertentu dan tidak semestinya dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

Terdahulu, Augustine meminta jaminan daripada Dr. Sim supaya cadangan pindaan berkenaan dapat dibawa ke DUN Sarawak dalam tempoh perundangan yang masih berbaki.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat