ARTIKEL

AKSI… aksi pasukan Sarawak menentang Wilayah Persekutuan pada acara pingpong melibatkan kategori beregu wanita di SJK Chung Hua No.3, di sini, hari ini.

Pingpong wanita Sarawak terlepas gangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad pingpong Sarawak sekali lagi berdepan kekecewaan apabila atlet beregu wanita ditewaskan oleh Wilayah Persekutuan dalam aksi merebut pingat gangsa, hari ini.

Perlawanan itu menyaksikan tuan rumah yang diwakili oleh Joanne Wong Chi Jie dan Josyne Ngu Jya tewas dengan mata 3-0.

AKSI… aksi pasukan Sarawak menentang Wilayah Persekutuan pada acara pingpong melibatkan kategori beregu wanita di SJK Chung Hua No.3, di sini, hari ini.

Gadingan Ai Lis Gan dan Jing You Chan dari Wilayah Persekutuan tampil dengan aksi agresif sekali gus menang dengan jaringan 11-4, 11-1, dan 11-3.

Atlet tuan rumah berusaha memberikan aksi terbaik untuk meraih kemenangan.

Bagaimanapun, perlawanan tersebut tidak menyebelahi Sarawak sekali gus menempatkan negeri ini di kedudukan keempat secara keseluruhan dalam acara tersebut.

Wilayah Persekutuan yang menampilkan atlet Jing Shuen Lim dan Li Ying Im
dinobatkan sebagai pemenang pingat emas manakala perak dimenangi oleh Lee Peng Look dan Xi Qian Lim.

Ketika saingan semakin hangat, perhatian kini beralih kepada acara perseorangan lelaki dan wanita, yang bermula esok pada 9.30 pagi.

BERITA LAIN

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

BERITA TERBARU