KOTA SAMARAHAN: Operasi nyahcemar dekat sini berjalan lancar, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Khirudin Drahman (gambar).
Menurutnya, operasi tersebut berjalan lancar sehingga kelmarin dengan kerjasama daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian. “Operasi Nyahcemar ini juga sentiasa dipantau oleh Pusat Gerakan Operasi Negeri di Ibu Pejabat dan Pegawai KOK bertugas 24 jam seminggu (24/7) di Pusat Pengurusan Covid-19 ini.
“Zon Merah agak terpencil (Epic-Centre) dan mudah diurus, operasi nyahcemar awam juga tidak merumitkan.
“Kami sudah menjalankan operasi di kawasan terpencil (Epic-Centre) dan lapan lokasi untuk Parameter Epic-Centre.
“Banyak yang dilakukan secara berulang bersama-sama dengan KKM terapi angka dirahsiakan,” katanya.
Tambah beliau, cabaran yang mereka hadapi juga tidak berat kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membantu memudahkan kerja mereka.
“Komuniti juga mula sedar betapa pentingnya kerjasama dalam kalangan mereka.
“Hampir semua Epic-Centre telah dilaksanakn begitu juga dengan Parameter Epic-Centre.
“Operasi ini dijalankan secara berulang bagi memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan,” katanya.
Beliau juga berharap agar orang ramai dapat memberikan kerjasama sepenuhnya ketika Fasa Pemulihan, Fasa Pembersihan dan Fasa Pembebasan ini berjalan.
“Ia penting untuk memendekkan tempoh PKP dan kerjasama padu masyarakat amat diperlukan dalam Fasa Dua Akhir ini.
“Kedua-dua fasa iaitu Fasa Pembersihan dan Fasa Pembebasan boleh dilaksanakan serentak,” tegasnya.
Beliau menyatakan, menurut pandangan pakar dan melalui pengalaman dari Wuhan kita boleh melaksanakan dua Fasa Akhir Serentak dan dapat memendekkan masa dengan syarat pematuhan arahan dan saranan 100 peratus oleh kerajaan.
“Jika kerja-kerja nyahcemar dilaksanakan serentak sudah pasti semua lapisan akan terlibat.
InsyaAllah, bermula dengan diri sendiri, keluarga, persekitaran, rumah, tempat kerja dan masyarakat,” ujarnya.


