ARTIKEL

PKR harus terima hakikat ditolak di Sarawak – PAS Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) harus menerima hakikat ia tidak diterima lagi di Sarawak, kata PAS Sarawak.

Dalam satu kenyataan hari ini, parti itu menyifatkan ternyata kekuatan PKR telah hilang sungguhpun calon yang dipertaruhkan di Beting Maro adalah Pengerusi PKR Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh yang turut hilang deposit apabila sekadar mendapat 765 undi.

“Ini signal jelas kawasan majoriti Melayu juga tidak menerima PKR.

“Inilah sebab utama DAP tidak lagi melihat lambang Pakatan Harapan (PH) boleh digunapakai di Sarawak kerana rakan komponennya sudah hilang kekuatan di Sarawak,” katanya.

Sebaliknya, PAS Sarawak bangga apabila calon mereka, Mohamad Arifiriazul Paijo berjaya menjadi pesaing dan pencabar utama kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga penyandang kerusi berkenaan, Razaili Gapor yang menang dengan 3,769 undi dan majoriti 1,711 undi.

Manakala Mohamad Arifiriazul mendapat 2,058 undi iaitu kedua tertinggi.

“Ternyata harapan tinggi pengundi Beting Maro buat PAS adalah tinggi apabila masih lagi memberi undi kedua tertinggi kepada PAS,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira