ARTIKEL

Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika ditemui di Masjid Jamek Kampung Melayu Sungat Rapat Ipoh bagi mengiringi jenazah ibu mertuanya Salmiah Nyak Matt, 84, untuk disembahyangkan.

PM Anwar Rakam Takziah Kepada Hamzah Zainudin Atas Pemergian Ibu Mentua Dalam Kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin susulan pemergian ibu mentuanya, Allahyarhamah Datin Salmiah Nyak Matt, 84, yang maut dalam kebakaran di Jalan Raja Abdullah, Kampung Sungai Rapat Tambahan, Ipoh, malam tadi.

“Saya mendoakan saudara Hamzah terus kuat menghadapi ujian dahsyat ini dan mendoakan yang terbaik buat beliau sekeluarga. Semoga roh Allahyarhamah diampunkan segala dosanya serta diberikan tempat yang istimewa oleh-Nya, Insya-Allah,” kata Anwar dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata suami mangsa, Datuk Abdul Ghani Ngah, 83, mengalami sesak nafas sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut dalam kejadian kira-kira 9.19 malam.

“Empat ahli keluarga lain, terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berumur 18 hingga 49 tahun, berjaya diselamatkan tanpa kecederaan,” katanya ketika dihubungi Bernama, dan menambah operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 2.02 pagi. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU