ARTIKEL

fb TRT World

PM Anwar: Sifat Hipokrit Global Masih Berterusan Berhubung Gaza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kepimpinan global masih gagal menangani krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza, sambil memberi amaran bahawa sifat hipokrit dan kegagalan moral terus menjejaskan usaha menegakkan keadilan serta akauntabiliti.

“Bagi saya, saya sentiasa menggunakan istilah hilangnya pertimbangan hati nurani dan kekurangan nilai moral. Malah, ia adalah satu sikap hipokrit serta pengabaian terhadap kewarasan dan akhlak,” katanya dalam satu temu bual bersama penyiar awam Turkiye, program One on One TRT World, semasa lawatan beliau ke Turkiye baru-baru ini.

Perdana menteri mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Turkiye bermula Selasa atas undangan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, sebagai sebahagian usaha memperkukuh hubungan dua hala yang terjalin lama antara kedua-dua negara.

Mengulas lanjut, Anwar berkata skala krisis itu menimbulkan persoalan besar tentang sejauh mana masyarakat antarabangsa memahami akar sejarah isu Palestin.

“Maksudnya selepas semua yang berlaku di dunia, anda masih gagal memahami latar sejarah Palestin? Saya tidak percaya,” katanya.

Beliau berkata kegagalan memahami isu tersebut tidak boleh dijelaskan oleh kejahilan semata-mata.

“Kecuali kalau anda mengambil pendirian Zionis fanatik yang sangat kuat, atau pendirian perkauman atau antiwarna, apa sahaja. Tetapi tiada sebab atau alasan mengapa seseorang tidak boleh memahami,” katanya.

Dengan membuat perbandingan dengan sejarah Eropah sendiri, Anwar mempersoalkan sama ada manusia telah mengambil iktibar daripada kekejaman masa lalu.

“Jadi saya ingat di Jerman, apa jadi pada kemanusiaan kita? Apa jadi pada pengalaman sejarah kita di Jerman? Tidakkah kita belajar apa-apa?” katanya, sambil menegaskan bahawa pengajaran sejarah seolah-olah diabaikan.

Anwar berkata situasi di Semenanjung Gaza bukanlah perkembangan baharu, sebaliknya mencerminkan kesinambungan ketidakadilan kolonial.

“Kolonialisme sepatutnya sudah berakhir, selesai dan mati, tetapi kolonialisme masih wujud. Ia berkembang di Palestin, di Gaza, di depan mata berbilion orang,” katanya sambil menegaskan bahawa penderitaan rakyat Palestin telah berlarutan sejak puluhan tahun.

“Orang mati, orang diperlakukan seperti hamba, dan bukan tahun ini, bukan selepas 7 Okt, tetapi berdekad-dekad, setengah abad, lebih daripada setengah abad,” katanya.

Anwar memberi amaran bahawa kegagalan berterusan masyarakat antarabangsa untuk bertindak akan membawa akibat lebih besar.

“Ia hanya akan mengundang lebih banyak kemarahan, permusuhan, ekstremisme,” katanya.

Mengenai akses kemanusiaan, beliau menyuarakan rasa kecewa terhadap sekatan berterusan terhadap penghantaran bantuan.

“Ratusan kontena menunggu, terbiar, untuk menyeberangi sempadan. Dan orang mati di sebelah sana,” katanya sambil menekankan kesan terhadap orang awam, terutama kanak-kanak yang mati akibat kelaparan akibat sekatan itu. — BERNAMA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road