ARTIKEL

FB Anwar Ibrahim

PM Anwar tegaskan tindakan proaktif dalam pengurusan banjir negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan komitmen kerajaan memperkukuh kerjasama Persekutuan dan negeri bagi memastikan tindakan segera dan proaktif dalam menangani banjir serta pengurusan air negara.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar menekankan perkara itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Air Negara ketujuh, yang menjadi platform tertinggi penyelarasan dasar dan hala tuju pengurusan air antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

“Hakikatnya, menghadapi bencana memerlukan sinergi dan iltizam yang padu antara kerajaan Persekutuan dan negeri, justeru kita akan terus memperkukuh kerjasama bagi merangka penyelesaian menyeluruh, termasuk memastikan pemantauan rapi dan pelaksanaan segera projek-projek tebatan banjir,” kata beliau.

Anwar berkata mesyuarat berkenaan turut meneliti status semasa banjir yang melanda beberapa negeri, sambil merakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan di semua peringkat kerajaan yang komited membantu mangsa.

“… dan kesempatan ini saya gunakan bagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh petugas barisan hadapan, sama ada peringkat Persekutuan mahupun negeri yang terus komited membantu rakyat yang terkesan dengan bencana ini,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata mesyuarat itu juga menerima taklimat terperinci mengenai status pengoperasian empangan serta pengurusan sumber air di seluruh negara bagi memastikan semua infrastruktur berada pada tahap optimum, selamat dan berdaya tahan.

“Insya-Allah, segala keputusan yang dipersetujui hari ini akan diterjemahkan kepada tindakan segera dan proaktif demi menjaga kebajikan, keselamatan serta kesejahteraan rakyat,” kata beliau.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira