ARTIKEL

FB Polis Daerah Ipoh

Polis buru dua beradik larikan peti wang peniaga nasi bajet

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Polis sedang mengesan dua beradik yang dipercayai melarikan peti wang dan telefon bimbit milik seorang peniaga wanita di gerai “nasi bajet” di tepi Jalan Lebuh Meru Raya di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Muhammad Najib Hamzah berkata suspek pertama dikenali sebagai Mohd Faiz Naharoddin, 36, atau “Paeh”, manakala seorang lagi ialah adiknya, Mohamad Arif Naharoddin, 25, atau “Aboy”.

Menurut beliau, kedua-dua suspek mempunyai alamat terakhir di Halaman Meru Damai, Ipoh dan dipercayai terlibat dalam kejadian samun membabitkan seorang wanita berusia 21 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa sedang membungkus makanan sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal Yamaha Y15ZR berwarna perak yang dipercayai berpura-pura membeli makanan.

Menurut Bernama, suspek kemudian melarikan peti wang mengandungi wang tunai serta sebuah telefon bimbit jenis iPhone 13 sebelum melarikan diri ke arah bulatan Meru Raya dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU