ARTIKEL

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat.

Polis cari wanita warga asing larikan anak daripada suaminya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Polis sedang giat mengesan seorang wanita warga asing yang didakwa telah melarikan anak perempuannya berusia setahun empat bulan daripada suaminya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat, berkata semalam polis telah mengesan kenyataan tular di media sosial tertera identifi dan gambar seorang kanak-kanak yang didakwa diculik.

Katanya pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada suami wanita itu pada 4.23 petang, semalam.

“Siasatan awal mendapati, pengadu iaitu bapa kepada kanak-kanak tersebut telah membuat laporan polis berkaitan anaknya telah dibawa lari oleh isterinya yang merupakan seorang warga asing.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua pihak masih berstatus suami isteri sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu selain tidak memuat naik kenyataan tidak pasti yang boleh menggusarkan masyarakat. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU