ARTIKEL

Polis cekup dua lelaki positif dadah di Bintangor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MERADONG: Dua lelaki ditahan polis di Bintangor selepas ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Tansli Mering berkata, penahanan ini dilakukan sekitar 11.45 pagi semalam oleh IPD Meradong semasa menjalankan operasi bersepadu.

“Kedua-dua suspek dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Meradong untuk saringan ujian air kencing.

“Hasil ujian berkenaan mendapati kedua-duanya positif dadah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tansli menambah, kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, pihak polis memandang serius isu dadah dalam kalangan masyarakat dan tidak akan berkompromi dengan sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.

“Orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah di daerah Meradong kepada Balai Polis Bintangor melalui talian 084-693222.

“Kerjasama masyarakat amat penting bagi membanteras kegiatan dadah, memastikan kawasan Meradong kekal selamat dan bebas daripada pengaruh negatif dadah,” katanya lagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU