KUCHING: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan dilaporkan hilang di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, mangsa dikenali Fatheen Nadzhirah Binti Mohd Roslan Shafie, berumur 16 tahun.
Katanya, alamat terakhir mangsa ialah di GR FL Block C Parcel 7 Jalan Kampung Tabuan Hilir Taman Arbi Kuching Sarawak.
“Mangsa berketinggian 150 cm, dianggarkan seberat 40 kg, warna kulit sawo matang dan rambut berwarna hitam melepasi bahu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan orang ramai untuk tampil memberi kerjasama sekiranya mempunyai maklumat atau mengetahui lokasi orang hilang tersebut.
Katanya, maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Elvin Manjan di talian 012-8989877.