ARTIKEL

TAHAN... Dua lelaki yang ditahan dalam Op Tapis Khas, semalam.

Polis Meradong tahan dua penagih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MERADONG: Dua lelaki ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong di sekitar kawasan Bintangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Tansli Mering berkata, kedua-dua suspek masing-masing berusia 34 dan 39 tahun itu ditahan pada jam 8.15 malam.

“Mereka ditahan ketika operasi berkenaan dijalankan hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Meradong.

“Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap kedua-dua lelaki tersebut mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan.

Semakan rekod lampau mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan akan didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih dari dua tahun.

“Pihak polis memandang serius kesalahan melibatkan penyalahgunaan dadah dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terlibat,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan penyalahgunaan dadah di daerah tersebut melalui talian 084-693222.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road