ARTIKEL

Polis Miri buru suspek rosak mesin ATM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Polis di sini melancarkan Ops Kesan bagi memburu individu yang terlibat merosakkan Mesin Pengeluaran Wang Automatik (ATM) di sebuah pasar raya terkemuka di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP), Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 5.27 petang pada 29 Oktober lalu.

Katanya, laporan dibuat oleh seorang pengurus sebuah bank yang memaklumkan bahawa mesin ATM telah dirosakkan dengan sengaja oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab.

“Susulan itu, kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan perlakuan itu diminta tampil ke balai polis yang berdekatan

“Mereka juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superitendan Polis (ASP) Joyce Sagai dan Sarjan Paeng Lasa di talian 085-433730 untuk menyalurkan maklumat berkaitan,” ujarnya.

Menurutnya, polis amat menghargai keprihatinan masyarakat terhadap keselamatan dan persekitaran di Daerah Miri.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU