ARTIKEL

Muhammad Idzuan Danil dilaporkan hilang.

Polis Mukah mohon bantuan kesan lelaki hilang sejak Sabtu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintenden (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata individu berkenaan yang dikenali sebagai Muhammad Idzuan Danil, 39, dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat kira-kira jam 6.15 petang Sabtu lepas.

“Orang hilang (OH) merupakan kakitangan Syarikat Perladangan Petian Solar Green Sdn Bhd di Mukah. Usaha mengesannya telah dijalankan namun sehingga kini masih belum membuahkan hasil.

“Telefon bimbit mangsa juga tidak dapat dihubungi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diperoleh, OH beralamat di Kuarters Eksekutif Banglo, Ladang Petian Solar Green, Mukah.

Beliau menambah, kali terakhir dilihat, OH memakai baju-T sukan, seluar pendek hitam serta kasut sukan berwarna hitam.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan atau penemuan OH diminta menghubungi Pegawai Penyiasat SM Abdul Rahman Maerrad di talian 013-8029577 atau 084-871222.

Orang ramai juga boleh tampil menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan serta usaha mengesan lelaki berkenaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU