KUCHING: Polis akan mengambil tindakan terhadap aktiviti mengagihkan wang kepada pengundi untuk meraih undi sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail mengesahkan menerima maklumat mengenai aktiviti tersebut di rumah panjang sekitar Sarawak.
“Sebarang pemberian dalam bentuk wang tunai mahu pun ganjaran lain yang dijanjikan untuk diberikan kepada pengundi dengan niat mendapatkan undi adalah satu kesalahan dibawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru katanya, polis akan terus membuat pemantauan sepanjang proses pilihan raya dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat bagi memastikan PRN-12 dilaksanakan dengan adil dan telus.