ARTIKEL

TAHAN… Antara 39 suspek berkaitan dadah ditahan dalam Op Tapis Khas baru-baru ini dengan 14 disyaki pengedar dadah.

Polis tahan 39 individu dalam Op Tapis Khas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 39 individu diberkas atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam Op Tapis Khas yang dilaksanakan selama tiga hari di sekitar Kuching bermula 28 hingga 30 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, daripada jumlah itu, 14 individu ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah.

Menurutnya, dua individu lagi ditahan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, dua mengikut Seksyen 12(2) akta sama, seorang di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan 20 individu mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki menyalahgunakan dadah.

TAHAN… Antara 39 suspek berkaitan dadah ditahan dalam Op Tapis Khas baru-baru ini dengan 14 disyaki pengedar dadah.

Sepanjang operasi itu, polis turut merampas 100.78 gram dadah disyaki methamphetamine dan 110 biji pil dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM11,195.

Alexson berkata, kejayaan operasi berkenaan adalah hasil risikan berterusan serta kerjasama orang awam yang menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

“Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu yang terbabit dalam kegiatan memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti pengedaran dadah kerana perbuatan itu merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pengedaran atau penyalahgunaan dadah supaya menyalurkannya melalui Hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di talian 012-208 7222 atau Hotline JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di talian 017-592 9211.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU