ARTIKEL

Dadah… Gambar rampasan dadah.

Polis tahan dua lelaki tempatan disyaki salah guna dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua lelaki tempatan masing-masing berusia 23 dan 31 tahun ditahan polis di persimpangan Lorong Stampin, Sabtu lalu, kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, berkata hasil pemeriksaan terhadap kedua-dua suspek menemui dua paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah methamphetamine.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai dua paket plastik lutsinar masing-masing dianggarkan seberat 5.57 gram dan 1.47 gram.

“Nilai pasaran keseluruhan dadah dianggarkan sebanyak RM774,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing turut mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Katanya, kedua-dua suspek kini ditahan reman bermula 17 hingga 19 November bagi membantu siasatan lanjut.

Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan sebatan tidak lebih sembilan kali.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU