ARTIKEL

Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin

Polis tahan Fahmi Reza terlibat kes hasutan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Polis telah menahan Fahmi Reza bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Hasutan 1948 selepas aktivis dan pereka grafik itu hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Penampang petang semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, ketika dihubungi malam ini, mengesahkan penahanan Fahmi dan menyatakan siasatan sedang dijalankan terhadap kes tersebut.

“Ya, masih dalam siasatan (kes ini),” katanya ringkas.

Petang semalam, Jauteh dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah menyatakan lebih 30 laporan polis diterima di negeri itu terhadap aktivis tersebut melibatkan perbuatan menghasut.

Beliau berkata pihak polis menerima laporan bahawa Fahmi, antara lain, menampal karikatur melibatkan imej Tun Musa Aman, yang bakal dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11, di beberapa kawasan termasuk Kota Kinabalu.

Beberapa hari lepas, tular video berdurasi 40 saat menunjukkan Fahmi menampal karikatur itu di satu kawasan di Kota Kinabalu, dengan tulisan “Solidariti dengan rakyat Sabah yang melawan rasuah, melawan korapsi.”

Semakan di laman Facebook aktivis tersebut mendapati video itu dikongsinya pada 27 Dis lepas, di mana dia turut berkongsi pelbagai perkara mengenai karikaturnya itu. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road