ARTIKEL

Polis tahan lelaki rogol bekas isteri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan polis selepas disyaki merogol bekas isterinya dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Matang pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini selepas pihak polis memperoleh perintah reman daripada Mahkamah Kuching.

“Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan,” katanya ringkas ketika dihubungi Suara Sarawak, hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira 8 pagi dan melibatkan mangsa yang berusia 18 tahun.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis, dan tangkapan terhadap suspek dilakukan pada malam hari kejadian.

Kes ini turut menarik perhatian umum selepas satu rakaman suara berdurasi enam minit, yang dipercayai milik mangsa, mula tular di media sosial sejak hujung minggu lalu.

Mohd Irwan memaklumkan, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Justeru beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU