ARTIKEL

Polis tangkap lelaki ugut isteri guna pisau, dera guna cecair lilin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Seorang lelaki yang mengugut untuk membunuh isterinya dan mendera wanita itu dengan menitiskan cecair lilin pada badannya, ditahan polis kelmarin di Kampung Alai, Gerik.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata polis sebelum itu menerima laporan daripada wanita berusia 35 tahun itu kira-kira 1.35 pagi yang mendakwa dia diikat serta diugut dengan pisau oleh suaminya yang menuduhnya berlaku curang dalam kejadian Sabtu lepas.

“Siasatan awal mendapati pada 13 April, lebih kurang pukul 10.30 malam semasa mangsa sedang tidur di rumahnya, dia didatangi oleh suaminya yang berumur 42 tahun dan mengikat kedua-dua tangan mangsa dari arah belakang menggunakan tali sambil memegang sebilah pisau.

“Suami mangsa (suspek) telah menuduh mangsa berlaku curang dan memaksa mangsa untuk mengaku terhadap tuduhan terbabit, suspek turut merentap rantai emas dan gelang tangan sehingga terputus, mengoyakkan baju mangsa serta menitiskan cecair lilin pada badan mangsa sambil mengugut untuk membakar mangsa, mangsa menafikan tuduhan itu,” katanya dalam kenyataan.

Zulkifli berkata mangsa kemudian berpura-pura ingin ke tandas dan meminta suspek untuk membuka ikatan sebelum menjumpai serangkai kunci kereta di dapur rumah dan melarikan diri dengan menggunakan kereta serta ke balai polis berhampiran untuk membuat aduan.

Katanya, sepasukan polis telah dihantar untuk menjejaki suspek sebelum ditahan 8.30 malam semalam di kediamannya di Kampung Alai serta merampas beberapa barang kes termasuk sebilah pisau yang dipercayai digunakan oleh suspek.

“Mangsa kemudiannya pergi ke Jabatan Kecemasan Hospital Daerah Gerik bagi mendapatkan rawatan, kes disiasat di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan,” katanya.– BERNAMA

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)