ARTIKEL

Supt Mohd Zaidi Mat Zin

Polis temui rangka manusia di Pantai Lagenda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN: Polis menemukan rangka manusia separa reput di persisir Pantai Lagenda, Kuala Pahang di Pekan, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Zaidi Mat Zin berkata pihaknya menerima makluman mengenai penemuan rangka itu kira-kira 10 pagi daripada penduduk kampung kawasan terbabit, sebelum pasukan siasatan digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kawasan kejadian jarang dikunjungi orang ramai dan hasil pemeriksaan awal di lokasi serta ke atas rangka berkenaan tidak menemukan sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tiada butiran identiti ditemukan kecuali tatu di bahagian belakang pinggul yang menjadi satu-satunya petunjuk.

Zaidi berkata rangka berkenaan dibawa ke Unit Forensik Hospital Pekan kira-kira 11 pagi untuk tindakan lanjut, namun proses bedah siasat tidak dapat dijalankan kerana hanya tinggal rangka.

“Pengambilan sampel DNA perlu dilakukan oleh pakar tulang di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Pihak Hospital Pekan akan berhubung dengan HTAA bagi pengesahan tarikh bedah siasat dan memaklumkan perkembangan lanjut kepada pihak polis,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penemuan itu diminta tampil membantu siasatan. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road