ARTIKEL

kebakaran, pondok, Sibu, PGO Bomba
Anggota bomba memadamkan kebakaran.

Pondok musnah sepenuhnya dalam kebakaran awal pagi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Sebuah pondok di Lorong Jerwit Barat 3 di sini ranap terbakar dalam satu insiden kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dalam satu kenyataan hari ini berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral segera dikerahkan ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 1.55 pagi.

Pondok tersebut ranap dijilat api.

Setibanya di lokasi, jelasnya, komander operasi melaporkan bahawa pondok berukuran 10×12 kaki persegi itu terbakar sepenuhnya.

“Anggota bomba bertindak pantas dengan menggunakan satu salur bantu mula untuk mengawal api dan berjaya memadamkan kebakaran,” katanya.

Jurucakap itu turut memaklumkan tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian itu.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama