ARTIKEL

Posa akur keputusan MFL

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Presiden Sarawak United FC (SU FC), Datuk Posa Majais tidak panik disebalik kegagalan mendapatkan lesen untuk beraksi dalam kancah Liga Super 2023.

Malah, menerima keputusan pihak Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dengan hati terbuka.

Dalam keadaan, pihaknya yang sudah menyediakan perancangan susulan bagi pasukan terbabit meneruskan saingan untuk musim depan.

“Kita menerima keputusan yang diumumkan semalam dengan hati terbuka.

“Dengan kegagalan mendapatkan lesen untuk beraksi dalam kancah Liga Super 2023 walaupun sudah mengemukakan rayuan,” ujar Posa kepada Arena Suara Sarawak.

Menurutnya, pasukan SU FC masih dapat beraksi cuma berbeza liga yang akan disertai iaitu Liga Divisyen II.

“Fokus selepas ini adalah membentuk satu pasukan baharu dengan impian untuk cuba berada kelompok dua terbaik dalam saingan liga baharu itu nanti.

“Yang pasti, selepas ini kami akan bekerja keras sepanjang saingan musim akan datang dalam liga berwajah baharu itu sekali gus merebut dua slot terbaik untuk kembali ke kancah Liga Super 2024 kelak,” jelasnya lagi.

 

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha