ARTIKEL

Potensi anak Daro untuk maju

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Kerajaan Sarawak menyedari kepentingan generasi muda, sekali gus sentiasa melaksanakan pelbagai program untuk memperkasakan peranan golongan itu.

Adun Daro Safiee Ahmad berkata, belia bukan sahaja penggerak modal insan, bahkan turut menyumbang dalam pembangunan negeri.

Menurutnya, kerajaan mengakui kepentingan belia dan golongan itu dibantu menerusi pelbagai inisiatif.

“Penganjuran program hari ini (kelmarin) merupakan salah satu bukti kerajaan sentiasa mengambil pendekatan positif untuk melonjakkan peranan belia khususnya di daerah ini.

“Kita juga cukup bertuah kerana berpeluang meneruskan penganjurannya yang memasuki edisi ke-11,” katanya pada Program Jelajah Belia Sarawak 2020 di Dewan Masyarakat Daro, kelmarin.

Safiee menegaskan, kerajaan komited membangun dan menyerlahkan potensi golongan muda kerana mereka merupakan aset penting negara.

Menurutnya, pelbagai inisiatif yang diperkenalkan membuktikan kerajaan bersungguh-sungguh dan sentiasa meletakkan belia pada kedudukan yang sepatutnya selaras dengan hasrat untuk melahirkan modal insan cemerlang.

Beliau percaya, kesepaduan belia pelbagai latar belakang yang dipupuk melalui acara seperti ini mampu memberi impak positif kepada pembangunan negara.

“Sehubungan itu, saya menasihati anak muda Daro supaya melakukan yang terbaik dan tidak melepaskan peluang yang disediakan kerajaan untuk memajukan diri dalam segenap bidang.

“Saya tahu belia Sarawak dan anak Daro khususnya mempunyai potensi besar untuk maju. Ini ditambah dengan segala kelebihan dari segi kemudahan dan prasarana yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak. Mereka mempersiapkan diri ke arah itu,” katanya.

Aktiviti itu diadakan sejak 2019 sebagai salah satu pendekatan untuk mendekati belia di negeri ini.

Program padat dengan pelbagai pengisian itu bermula di Kompleks Sukan Asajaya, Samarahan pada 13 dan 14 April tahun lalu.

Kementerian Belia dan Sukan Sarawak menyambung semula penganjurannya setelah ditunda berikutan pandemik Covid-19.

Hadir sama, Menteri Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sarawak Nancy Jolhi; Residen Mukah Hamidah Bakir dan Pegawai Daerah Daro Bujang Rahman Seli.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road