ARTIKEL

‘Prank’ menyamar sebagai polis undang padah, didenda RM1,500

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perbuatan ‘prank’ seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis ketika menghantar kek di Balai Polis Tapah, Padawan memakan diri, apabila dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau satu bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh Wagner Sabut, 36, bekerja sendiri dari Kampung Simuti, Padawan, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah menyamar sebagai penjawat awam iaitu berpura-pura menjadi pegawai polis di Balai Polis Tapah, Padawan, Kira-kira jam 3.20 petang, 19 Februari lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, tertuduh memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dari Bukit Aman kepada anggota polis yang bertugas sebagai penyelia kaunter aduan (pengadu) untuk tujuan melapor diri.

Tertuduh kemudian mengarahkan mangsa masuk ke kaunter aduan lalu menyatakan kedatangannya dari Bukit Aman untuk menangkap pengadu.

Selepas itu, tertuduh berkata hendak keluar mengambil fail dan apabila masuk semula ke dalam balai, dia membawa sebiji kek lalu menyatakan tindakannya adalah satu ‘Prank’.

Kek tersebut merupakan tempahan daripada seorang pelanggan untuk diberikan kepada pengadu.

Bagaimanapun, pengadu bertindak menangkap tertuduh atas kesalahan menyamar sebagai penjawat awam dan berkelakuan tidak senonoh di pekarangan balai  polis.

Hasil pemeriksaan terhadap tertuduh mendapati dia bukan anggota polis dan hanya orang awam sahaja.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira