ARTIKEL

Fadillah (kiri) mengiringi Abang Johari (kanan) ke meja jamuan. - Foto: UKAS

Premier Sarawak berkunjung ke Rumah Terbuka Aidilfitri TPM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, berkesempatan untuk berkunjung ke Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. 

Ketibaan beliau bersama isteri sekitar jam 9.40 pagi disambut meriah oleh Ahli Parlimen Petra Jaya itu yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Pada majlis tersebut, Fadillah selaku tuan rumah menyantuni masyarakat yang mula datang seawal jam 9 pagi. 

Turut memeriahkan majlis tersebut ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, serta isteri, Datin Amar Enn Ong Siok Ean. 

Penduduk di sekitar Kuching, khususnya di kawasan Petra Jaya, tidak melepaskan peluang untuk hadir dan merakamkan kenangan bersama Fadillah. 

Abang Johari meluangkan masa kira-kira lebih setengah jam sebelum berangkat pulang. 

Beliau dan isteri dijadual berangkat ke Sibu untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri di kawasan tersebut pada hari ini. – EDISI UKAS

Dif-dif kenamaan merakamkan gambar kenang-kenangan. – Foto: UKAS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU