ARTIKEL

SEKITAR pelaksanaan Operasi Premis Bersih di sekitar Simanggang.

Premis makanan dipantau supaya sentiasa bersih, selamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman mempergiatkan pemantauan terhadap premis makanan sekitar Simanggang bagi memastikan pengusaha mengutamakan aspek kebersihan terbaik.

Ia digerakkan menerusi Operasi Premis Bersih Bil. 2/2024 yang dilaksanakan unit itu semalam.
Tujuannya memastikan premis makanan sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat.

Di samping itu, memastikan pengendali atau pengusaha mempunyai tahap kebersihan terbaik demi menjaga kebersihan para pengguna.

Operasi juga ingin memastikan premis makanan yang beroperasi mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sehubungan itu, pemilik premis yang didapati tidak mematuhi elemen penting kebersihan akan diberikan bimbingan bagi tindakan pembetulan untuk meningkatkan tahap kebersihan premis masing-masing.

Orang ramai juga turut dinasihatkan agar mengunjungi premis makanan yang bersih bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Justeru, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman menyeru agar semua pengusaha makana agar sentiasa mematuhi peraturan berkaitan keselamatan makanan demi menjamin makanan yang disediakan kepada orang ramai bersih dan selamat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU