ARTIKEL

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. REUTERS/Kevin Lamarque | Bernama

Presiden Trump ucap selamat menyambut Ramadan 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyampaikan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di AS dan seluruh dunia. 

Dalam mesejnya yang diterbitkan di laman sesawang Rumah Putih pada Isnin, Trump menyifatkan Ramadan sebagai bulan suci yang menggalakkan amalan berpuasa, beribadah dan muhasabah, sekali gus memberi inspirasi untuk menjalani kehidupan penuh keimanan dan kebaikan. 

“Ketika jutaan Muslim Amerika memulakan ibadah Ramadan, pentadbiran saya terus komited untuk mempertahankan kebebasan beragama yang menjadi sebahagian penting dalam cara hidup rakyat Amerika.

“Lebih daripada itu, kami memperbaharui tekad untuk membina masa depan yang aman serta menghormati maruah setiap insan. 

“Sempena Ramadan ini, saya mengucapkan selamat menjalani bulan penuh keberkatan dan moga memperoleh kasih sayang serta rahmat-Nya yang tiada batas.

Semoga Tuhan memberkati anda dan keluarga sepanjang musim yang indah ini,” katanya. 

Ucapan itu turut dikongsi oleh Kedutaan AS di Kuala Lumpur menerusi laman sesawang rasminya. 

Umat Islam di seluruh dunia mula berpuasa pada hujung minggu lalu, dengan kebanyakan negara seperti AS, Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Indonesia dan Turkiye bermula pada Sabtu, manakala Malaysia, India, Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka memulakan ibadah puasa pada Ahad. — Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat