ARTIKEL

Gambar X @KagutaMuseveni

Presiden Uganda mulakan penggal ketujuh pemerintahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ANKARA: Presiden Uganda Yoweri Museveni mengangkat sumpah bagi penggal baharu dalam satu upacara pelantikan di ibu negara Kampala pada Selasa yang dihadiri oleh pemimpin serantau, diplomat dan pegawai kanan dari seluruh Afrika, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Upacara itu, yang disiarkan secara langsung di platform X, menandakan bermulanya satu lagi penggal bagi Museveni, antara pemimpin paling lama berkhidmat di Afrika.

Berucap di hadapan tetamu dan penyokong, Museveni berkata pentadbirannya akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ekonomi Uganda, memperluas kerjasama serantau dan mempromosikan kestabilan di Afrika Timur.

Beliau juga berikrar untuk meneruskan pembangunan infrastruktur dan usaha transformasi ekonomi sepanjang penggal baharunya.

Pihak berkuasa mengerahkan anggota keselamatan di seluruh Kampala menjelang upacara pelantikan itu bagi mengawal orang ramai dan memastikan upacara berjalan lancar, menurut laporan media.

Museveni memenangi penggal ketujuh selepas memenangi pilihan raya presiden pada 15 Jan dengan 71 peratus undi, manakala calon pembangkang Robert Kyagulanyi, yang lebih dikenali sebagai Bobi Wine, memperoleh 24 peratus.

Museveni, 81 memerintah Uganda selama empat dekad dan antara pemimpin paling lama berkhidmat di Afrika.

Beliau melanjutkan tempoh memegang jawatan selepas Uganda memansuhkan had penggal presiden pada 2005 dan kemudiannya memansuhkan had umur presiden pada 2017.– BERNAMA

BERITA LAIN

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,