ARTIKEL

Prestasi ekonomi Malaysia terus positif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku pertama tahun ini dijangka menepati unjuran awal 5.3 peratus atau berpotensi mencatatkan prestasi lebih baik, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Jabatan Perangkaan Malaysia sebelum ini menganggarkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku pertama 2026, menyederhana daripada pertumbuhan 6.3 peratus yang dicatatkan pada suku tahun sebelumnya.

Bank Negara Malaysia pula dijangka mengumumkan prestasi ekonomi negara bagi suku pertama 2026 hari ini.

Sementara itu, mengenai unjuran yang dikongsikan sebelum ini, Akmal Nasrullah berkata masih terdapat beberapa perkara yang belum diputuskan berikutan kesenjangan data.

“Bagaimanapun, berdasarkan data terkini yang akan dikeluarkan esok (hari ini), saya melihat anggaran awal kita sebenarnya agak konservatif.

“Walaupun secara peribadi saya cenderung untuk merendahkan jangkaan dengan mengambil kira konteks krisis semasa, saya menjangkakan pertumbuhan suku pertama ini tidak akan jauh daripada unjuran kita, malah mungkin lebih baik daripada anggaran sebelumnya,” katanya selepas melancarkan laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia (MEM) ke-32 semalam. 

Laporan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia itu bertemakan “Menaikkan Siling, Memperkukuh Lantai: Agenda Pekerjaan sebagai Agenda Produktiviti.”

Ketika ditanya mengenai kedudukan fiskal negara, Akmal Nasrullah berkata bekalan tenaga yang terhad di peringkat global memberikan tekanan kepada harga minyak dan gas, justeru itu, kerajaan menumpukan usaha untuk mengekalkan keseimbangan bagi mengurangkan defisit fiskal dan melindungi rakyat.

“Sementara kita menilai sejauh mana kesan krisis ini dari segi tempoh masa dan faktor berkaitan, imbangan perlu dibuat bagi memastikan rakyat terbanyak terus terpelihara, terutama dalam mendepani bebanan kos sara hidup dan inflasi.

“Pada masa sama, perkara yang perlu diimbangi adalah pertumbuhan ekonomi yang menuntut pelaburan daripada pihak kerajaan,” kata beliau.

Menurut Akmal Nasrullah, kerajaan mengambil pendekatan melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang akan disesuaikan mengikut keadaan dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan.

“Sebab itu, dari segi pendekatan, kita perlu memastikan wujudnya keseimbangan bagi memanjangkan daya tahan ekonomi negara.

“Buat masa ini, langkah kerajaan yang seterusnya adalah untuk memperbaiki pengurusan subsidi diesel. Cabaran utama dalam menguruskan subsidi adalah apabila wujud jurang yang ketara antara harga pasaran dan harga bersubsidi, yang akhirnya mengundang aktiviti penyeludupan dan ketirisan,” katanya.

Mengulas mengenai pengurangan kuota BUDI95, beliau berkata tiada perbincangan untuk memuktamadkan pengurangan kuota itu di peringkat Majlis Tindakan Ekonomi Negara.

Mengenai kedudukan bekalan bahan api negara, Akmal Nasrullah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan penjelasan lanjut berkenaan perkara itu. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road