ARTIKEL

Prestasi STPM 2025 Sarawak meningkat, PNGK naik kepada 2.75

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Prestasi keseluruhan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 di Sarawak menunjukkan peningkatan apabila Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) negeri meningkat daripada 2.68 pada tahun 2024 kepada 2.75 pada tahun ini.

Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Omar Mahli berkata, seramai 115 calon atau 2.19 peratus daripada keseluruhan calon berjaya memperoleh PNGK 4.00 dalam peperiksaan tersebut.

“PNGK STPM 2025 meningkat sebanyak 0.07 mata berbanding tahun lalu iaitu daripada 2.68 kepada 2.75.

“Selain itu, bilangan calon yang memperoleh PNGK 4.00 turut meningkat sebanyak 23 orang atau 0.58 peratus berbanding STPM 2024,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Dr Les Met pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2025 di SMK Tun Abang Haji Openg, di sini, hari ini.

Omar berkata, daripada 22 mata pelajaran yang ditawarkan kepada calon sekolah di Sarawak, sembilan mata pelajaran mencatatkan peningkatan kadar lulus penuh berbanding tahun sebelumnya.

Menurutnya, peratusan calon yang memperoleh lulus penuh dalam empat dan lima mata pelajaran turut meningkat kepada 98.71 peratus berbanding 98.16 peratus pada STPM 2024, iaitu peningkatan sebanyak 0.55 peratus.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 52 daripada 79 sekolah di Sarawak mencatatkan peningkatan PNGK berbanding keputusan STPM tahun lalu.

Secara keseluruhan, seramai 5,257 calon atau 99.96 peratus daripada calon STPM 2025 di Sarawak berjaya memperoleh lulus penuh.-TVS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,