ARTIKEL

Foto: UKAS

PRK Jepak: Pertandingan tiga penjuru bakal berlangsung 4 Nov ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) pada 4 November ini.

Calon yang bertanding ialah Iskandar Turkee (GPS), Chieng Lea Ping (ASPIRASI) Stevenson Joseph Sumbang (PBK).

Pengumuman tersebut dibuat Pegawai Pengurus PRK DUN Jepak, Abang Zainuddin Abang Turkey di Pusat Penamaan Calon di Dewan Suarah Bintulu pada jam 10 pagi tadi.

Tepat jam 9 pagi, Abang Zainuddin mengumumkan penyerahan kertas penamaan calon dibuka sebelum ditutup sejam kemudian seperti yang ditetapkan SPR.

Calon GPS, Iskandar Turkee, 54, tiba pada jam 8.28 pagi yang diiringi kira-kira seribu penyokong berarak dari Bangunan persekutuan perkumpulan Wanita Sarawak Bintulu ke PPC ini.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat