ARTIKEL

PRN-12: GPS optimis sapu 82 kerusi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg optimis mampu menang di kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) yang dijadual 18 Disember ini.

Katanya itu akan dapat dicapai jika GPS turun dengan satu semangat pertahankan dan membangunkan Sarawak.

“Rakyat Sarawak lebih penting dan kita berjuang atas landasan memberi khidmat kepada rakyat atas nama GPS,” katanya ketika berucap melancarkan Jentera GPS di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, malam ini.

Dalam pada itu, Abang Johari mengucapkan terima kasih kepada Parti …
[22:24, 28/11/2021] Nic: H – Ali Mahmud, Abdul Wahab, Manyin sah tidak bertanding

KUCHING: Penyandang Dun Stakan Dato Sri Mohamad Ali Mahmud, Dun Kalaka Datuk Abdul Wahab Aziz dan Dun Tebedu Datuk Amar Michael Manyin Jawong disahkan tidak akan bertanding mempertahankan kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) yang dijadual 18 Disember ini.

Nama ketiga-tiga wakil rakyat veteran daripada PBB itu adalah yang disebutkan oleh Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Jentera GPS di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), malam ini.

Menurut Abang Johari yang juga Presiden PBB, pengunduran Ali Mahmud, Abdul Wahab dan Manyin adalah untuk memberi laluan kepada orang baru dan muda untuk bertanding.

“Banyak lagi yang akan beri laluan kepada orang baru, sebab itu budaya kita…saya juga akan mengucapkan selamat tinggal suatu hari nanti,” katanya.

Justeru, beliau amat menghargai semangat ketiga-tiga pemimpin itu dalam membawa perubahan kepada kepimpinan GPS, selaras dengan perubahan masa kini yang berkehendakkan tenaga generasi baru.

“Keadaan dunia sudah berubah dan kita memerlukan generasi baru untuk membawa Sarawak menjadi sebuah negeri maju menjelang 2030,” katanya.

Hadir sama Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Presiden  Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing dan Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Joseph Salang Gandum.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU