ARTIKEL

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail (tengah) ketika sidang media selepas meninjau pusat mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Molek, hari ini. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 90 laporan dan membuka 25 kertas siasatan sepanjang tempoh kempen PRN Johor Ke-16.

PRN Johor: 90 laporan polis sepanjang kempen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Polis menerima 90 laporan sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang berakhir tengah malam tadi, tanpa membabitkan calon atau pemimpin tertinggi parti.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata sebanyak 25 kertas siasatan dibuka, dengan kebanyakan kes melibatkan perbuatan khianat seperti merosakkan, mencabut dan membakar bendera parti politik.

Beliau berkata semua siasatan masih diteruskan bagi mengesan individu yang terbabit dalam kes berkenaan.

Mohd Khalid berkata proses pengundian yang melibatkan 2.7 juta pemilih berdaftar setakat ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Bagi memastikan keselamatan terpelihara, seramai 14,000 pegawai dan anggota polis, termasuk 5,600 dari kontinjen lain, digerakkan ke semua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Beliau turut menggesa orang ramai menyalurkan sebarang aduan kepada polis seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU